Skip to main content
Berita

Lawatan YBhg. Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa Ketua Setiausaha Negara ke MOSTI

By 2013-03-01Disember 14th, 2020No Comments

LawatanKSN_HL

 

PUTRAJAYA (1 Mac 2013): Seluruh warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengalu-alukan kehadiran YBhg. Dato’ Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara yang telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke MOSTI pada hari ini. Lawatan tersebut bersempena dengan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) bagi membincangkan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN).

Dalam sesi lawatan ini, YBhg. Dato’ Sri Dr. Ketua Setiausaha Negara telah diberikan taklimat berkenaan pencapaian MOSTI dalam menyampaikan perkhidmatan terasnya kepada masyarakat. Turut disentuh adalah kejayaan dan cabaran yang dihadapi oleh Kementerian dalam menyebar luas dan mengaplikasikan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) untuk manfaat sehingga ke peringkat akar umbi. 

Kehadiran YBhg. Dato’ Sri Dr. Ketua Setiausaha Negara disambut oleh YBhg. Dato’ Dr. Madinah binti Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian diiringi YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), YBhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah binti Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Ketua-Ketua Jabatan dan  Agensi serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian.

Skip to content