25 April 2022, Banting – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba telah melakukan lawatan ke Kompleks Teknologi Angkasa, sebuah fasiliti yang dimiliki oleh Agensi Angkasa Malaysia yang terletak di Banting, Selangor.
Fasiliti seluas 70 ekar ini menempatkan 4 makmal teknologi angkasa iaitu makmal Assembly, Integration and Test (AIT), makmal Administration & Data Archive (ADA), makmal Kalibrasi Optik dan bangunan utama Pusat Kawalan Misi.
Perkhidmatan yang ditawarkan di kompleks ini meliputi pengujian dan pengukuran, penjejakan kawalan & telemetri (TT&C), pengagihan data satelit, aplikasi teknologi angkasa lepas, pencerapan data solar stella & neo serta perkhidmatan nasihat pakar dan latihan. Antara pencapaian misi antarabangsa yang dilaksanakan adalah penjejakan Giove-A yang dimiliki oleh European Space Association dan juga GSLV-D05 yang dimiliki oleh India Space Research Organization.
MOSTI sentiasa menambahbaik fasiliti sedia ada di kompleks ini agar Malaysia dapat berdiri setanding dengan negara maju yang lain serta menjadi yang terbaik di dunia.