Skip to main content
Berita

Majlis 2nd China-Malaysia Science and Technology Innovation Summit

By 2024-04-01April 7th, 2024No Comments

06 Mac 2024, Kuala Lumpur – Sempena memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia pada tahun 2024, Sidang Kemuncak China-Malaysia dalam Inovasi Sains dan Teknologi kali ke-2 (2nd China-Malaysia Science and Technology Innovation Summit), bertemakan “Memupuk Kolaboratif Inovasi, Membina Masa Depan Bersama” telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 hingga 7 Mac 2024 untuk menggalakkan hubungan dua hala dan menonjolkan peranan yang signifikan kedua-dua negara dalam kecerdasan buatan, bioperubatan, dan teknologi pertanian,

Sidang kemuncak ini dianjurkan oleh Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dan dihoskan bersama oleh TusStar dan Malaysia Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) bertujuan untuk mengumpulkan pihak berkepentingan yang penting dalam inovasi sains dan teknologi dari China dan Malaysia, dengan penekanan dalam memupuk inovasi kolaboratif dan membentuk trajektori untuk masa depan.
YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini merasmikan sidang kemuncak ini. Hadir sama YBrs. Mr. Chen Youliang, Minister-Counselor, Embassy of the People’s Republic of China in Malaysia; YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Dr. Zhao Xiangdong Counsellor for Science and Technology,Embassy of the People’s Republic of China in Malaysia
YB Chang Lih Kang berkata, MOSTI komited dalam memberi tumpuan kepada usaha kolaboratif merentasi semua sektor untuk meningkatkan Landskap Sains, Teknologi dan Inovasi negara. MOSTI juga komited untuk mengukuhkan hubungan dengan China, mengutamakan bidang strategik yang akan memacu inovasi ekosistem ke hadapan.
Dengan kehadiran melebihi 3,000 peserta, termasuk lebih daripada 100 orang kenamaan dari kedua-dua sektor domestik dan antarabangsa, sidang kemuncak ini menjadi platform untuk memajukan kerjasama dua hala dalam inovasi sains dan teknologi.

 

Skip to content