Majlis Apresiasi MOSTI 2018~Negaraku Berinovasi : Melestarikan Kecemerlangan

Seramai 112 orang Pesara, Bakal Pesara 2018 dan 329 orang Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 diraikan dalam Majlis Apresiasi MOSTI 2018 pada 8 Mac 2018. Dengan tema Negaraku Berinovasi: Melestarikan Kecemerlangan, Majlis tersebut di sempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dalam ucapannya, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyeru kepada seluruh warga MOSTI agar memupuk minda positif, sikap berdaya saing dan berfikiran inovatif kea rah penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada pelanggan dan pemegang taruh (Stakeholders). Manakala kepada pesara MOSTI, Jasa bakti dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka akan sentiasa dalam ingatan. Teruskan memberi sumbangan terutamanya yang berkaitan kepakaran saintifik dalam bidang STI melalui medium seperti Senior Scientist Network.

Kepada para pesara dan bakal pesara, terima kasih atas khidmat dan jasa bakti kalian selama bertugas di MOSTI dan setinggi-tinggi tahniah kepada Barisan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MOSTI dan Semoga dengan pengiktirafan ini akan menjadi Pemangkin kepada kecemerlangan dalam menjalankan tugas.

TAHNIAH!! kepada para penerima APC dari:

  1. Ibu Pejabat MOSTI
  2. Jabatan Kimia Malaysia
  3. Agensi Nuklear Malaysia
  4. Jabatan Standards Malaysia
  5. Agensi Remote Sensing Malaysia
  6. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
  7. Agensi Angkasa Negara
  8. Jabatan Meteorologi Malaysia