Skip to main content
Berita

Majlis Apresiasi MOSTI 2025

26 Februari 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini meraikan kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), pesara dan bakal pesara di Majlis Apresiasi MOSTI 2025 yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya.
Majlis Apresiasi 2025 bertujuan untuk meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan 252 orang pegawai dari pelbagai peringkat gred dan skim perkhidmatan di ibu pejabat MOSTI serta jabatan-jabatan di bawahnya yang terdiri daripada MYSA, Nuklear Malaysia, Kimia Malaysia dan Atom Malaysia. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan yang terbaik kepada kementerian dan negara.
Majlis Apresiasi MOSTI kali ini turut menghargai jasa dan khidmat bakti 33 orang warga MOSTI dan jabatan dibawahnya yang bakal memasuki alam persaraan. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang berada dalam perkhidmatan awam.
YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya berkata “Sebagai kementerian yang bertanggungjawab mengarusperdanakan STI, MOSTI terus komited untuk memacu kemajuan infrastruktur, pembangunan ekonomi, serta kesejahteraan rakyat melalui penerapan teknologi dan inovasi. Saya percaya dengan keazaman dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap warga MOSTI, kita akan terus mencipta kejayaan dan mengangkat Malaysia sebagai hab teknologi serantau”.
Hadir sama memeriahkan majlis ialah YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi); YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains); YBrs. Tuan Ooli Gunalan, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan serta Ketua-Ketua Pengarah Jabatan di bawah MOSTI.
Skip to content