11 Mac 2026, Putrajaya – Surau Ar-Raudhah As-Sakinah MOSTI dengan kerjasama PUSPANITA MOSTI telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Tahun 2026/1447H serta ceramah khas yang telah disampaikan oleh Da’i Azrin (Azrin bin Md Isa).
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ruziah bt Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI bersama ahli PUSPANITA dan warga MOSTI yang kelapangan. Program ini diadakan untuk pengisian rohani sempena bulan Ramadan selain menyemarakkan semangat kebersamaan warga MOSTI dalam menghayati serta mendekati Al-Quran. Program ini juga diharapkan dapat memperkukuh nilai spiritual dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kementerian.
Turut diadakan solat sunat tasbih yang dipimpin oleh Ustaz Nor Azlim bin Mat Sidik, Pegawai Hal Ehwal Islam MOSTI. Semoga penganjuran majlis ini memperoleh keberkatan serta menjadi wadah untuk meningkatkan amalan dan penghayatan terhadap ajaran Al-Quran.




