Skip to main content
Berita

Majlis Makan Malas ASEANTOM Ke-12

11 Ogos 2025, Johor – Satu Majlis Makan Malam rasmi telah diadakan bagi meraikan dan mengalu-alukan semua perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Tahunan Rangkaian Badan Kawal Selia Tenaga Atom ASEAN (ASEANTOM) Ke-12 di Johor Baharu. Makan malam tersebut turut disertai YB Dato’ Haji Asman Shah bin Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Mesyuarat ASEANTOM Ke-12 yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Atom, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berlangsung dari 11 hingga 15 Ogos 2025, dan menghimpunkan wakil-wakil tertinggi badan pengawal selia tenaga atom daripada 10 negara anggota ASEAN, bersama rakan kerjasama dialog seperti Jepun, Korea Selatan dan organisasi antarabangsa termasuk International Atomic Energy Agency (IAEA).
Diharapkan Mesyuarat ASEANTOM ke-12 akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya serta memperkukuhkan kerjasama di antara negara-negara terlibat.
Skip to content