MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA ANTARA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI DAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

Shangri La Putrajaya, 21 Disember 2017 – YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau telah menyampaikan ucapan sebelum majlis menandatangani nota kerjasama ini dijalankan dan majlis turut dihadiri oleh Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Majlis menandatangani nota kerjasama ini merupakan kerjasama di antara MOSTI (melalui CyberSecurity Malaysia, CSM) dan MKN (melalui Agensi Keselamatan Siber Negara, NACSA) bagi memastikan persekitaran siber serantau yang selamat dan berdaya tahan bagi mengekalkan kemajuan dan kemakmuran negara.