1 Oktober 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hadir merasmikan Majlis Pelancaran Malaysia πππ 100 ππ‘πππ‘π’ππ dan πππ π π
ππ’πππ‘ππππ Bersama Media di Pejabat Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) hari ini. Turut hadir bersama YBhg. Datoβ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Sebanyak 100 syarikat pemula teknologi teratas di Malaysia yang tersenarai dalam Malaysia πππ 100 ππ‘πππ‘π’ππ β Edisi 2026 berjaya menjana hasil keseluruhan sebanyak RM8.5 bilion bagi Tahun Kewangan 2024. Pencapaian itu merekodkan purata Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) sebanyak 87 peratus, sekali gus membuktikan kematangan dan potensi besar ekosistem teknologi tempatan.
Penerbitan julung kali yang dilancarkan oleh Cradle di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini berteraskan data perniagaan sebenar. Laporan tersebut mencatatkan 36 syarikat berjaya meraih keuntungan bersih melebihi RM1 juta. Selain itu, 58 syarikat kini telah pun menembusi pasaran antarabangsa, manakala 66 peratus daripada keseluruhan senarai didominasi oleh perniagaan berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dan data.
YB Menteri berkata pengiktirafan ini membuktikan prestasi kukuh bakat tempatan dan daya saing inovator Malaysia untuk menembusi pasaran global. Langkah ini juga sejajar dengan aspirasi negara untuk menempatkan ekosistem syarikat pemula Malaysia dalam kalangan teratas di peringkat dunia menjelang tahun 2030.
Sementara itu, Norman Matthieu Vanhaecke, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, menjelaskan bahawa pencapaian ini menyerlahkan keupayaan pengasas tempatan dalam membina perniagaan yang mampan, berdaya saing, serta menguntungkan. Beliau turut berbangga kerana 33 daripada syarikat yang tersenarai merupakan penerima pembiayaan dan dana sokongan daripada pihak Cradle.




