Skip to main content
Berita

Majlis Pelancaran Penjana Hidrogen NanoMalaysia (HyPEReactor)

2 November 2023, Selangor – Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, YB Chang Lih Kang hari ini melancarkan HyPEReactor, sebuah inovasi penjana hidrogen berbentuk pepejal yang dibangunkan oleh NanoMalaysia Berhad melalui kerjasama antara HyPERTech Industries Sdn Bhd, Institut Sel Bahan Api Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan ADmatix Solutions Sdn Bhd. Teknologi ini membuktikan potensi hidrogen sebagai bahan api alternatif berdasarkan permintaan dimana ianya merupakan pendekatan baharu (game changer) dalam penyelesaian tenaga yang lebih cekap.
Dibangunkan melalui kerjasama antara NanoMalaysia Berhad, HyPERTech Industries Sdn Bhd, Institut Sel Bahan Api Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan ADmatix Solutions Sdn Bhd, sistem penjana hidrogen yang modular dan mampu diubahsuai berdasarkan permintaan pasaran ini menggunakan natrium borohidrida (NaBH4) yang membolehkan penghasilan hidrogen dengan pantas berdasarkan keperluan dan penyimpanan hidrogen dalam bentuk pepejal, mengurangkan keperluan cecair penyimpanan bertekanan tinggi sekaligus memperkenalkan pendekatan baharu dalam penyimpanan hidrogen yang ekonomikal.
YB Chang Lih Kang berkata: “ HyPEReactor yang dihasilkan oleh NanoMalaysia ini adalah selaras inisiatif pembangungan dibawah Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR). HyPEReactor mendukung cita-cita serta maklamat Malaysia ke arah mencapai sasaran penyahkarbonan global dan memainkan peranan penting dalam membangunkan ekosistem yang kukuh serta berdaya saing merentasi rantaian nilai hidrogen. Hasil pembangunan Penjana Hidrogen (HyPEReactor) oleh NanoMalaysia ini mampu menawarkan penjanaan hidrogen berdasarkan permintaan, dan tumpuannya kepada penjimatan kos, kecekapan tenaga, reka bentuknya yang bersifat mudah alih (modular) dan boleh diperluaskan mengikut kesesuaian sesuatu penggunaan. HyPEReactor merupakan contoh kemajuan teknologi hidrogen dalam usaha mencapai masa depan tenaga bersih yang mampan.”
Penggunaan penjana hidrogen oleh NanoMalaysia ini pada mulanya memfokuskan kepada keperluan mobiliti serta berupaya menyalurkan 1kW tenaga kepada sel bahan api dengan potensi untuk diperluaskan secara berskala. Ia melambangkan solusi penyimpanan hidrogen mudah alih yang terkini, meletakkan Malaysia dalam kedudukan unik untuk penjanaan kuasa di industri global. Keistimewaan ciri khas HyPEReactor terletak pada kapasiti penghasilan hidrogen yang tinggi, menjurus kepada ketumpatan tenaga yang tinggi.
Secara global, HyPEReactor menawarkan pelbagai aplikasi versatil dalam pelbagai sektor membolehkan penyimpanan dan penghantaran tenaga kepada pusat janakuasa, memacu proses industri, serta mencipta sel bahan api yang tumpat untuk digunapakai dalam kenderaan jarak jauh seperti trak dan kapal terbang. Penggunaannya telah terbukti optimal bagi kenderaan (50-125kW) dan komputer riba (20-50kW) seterusnya kepada kediaman (1-5kW) serta penjanaan kuasa berpusat (1-200kW atau lebih). Kunci utama inovasi HyPEReactor terletak pada penggunaan Natrium Borohidrida (NaBH4) bagi penghasilan hidrogen di tapak dan berdasarkan permintaan pasaran.
Inisiatif HyPEReactor ini adalah selaras dengan strategi H2 Dihasilkan Berdasarkan Permintaan (H2 Produced On Demand Strategy) , mengurangkan keperluan infrastruktur hidrogen yang berlebihan dan mengurangkan risiko keselamatan. NanoMalaysia mencari peluang kerjasama bersama rakan kongsi industri di luar sana bagi mempertingkatkan potensi HyPEReactor, menguasai 10% pasaran Hidrogen sedia ada pada 2030.
Projek ini turut melambangkan pencapaian bagi generasi hidrogen berdasarkan permintaan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Dedikasi terhadap inovasi dan kemampanan ini merupakan Langkah bagi pembentukan semula landskap tenaga, memacu kemajuan dalam teknologi hidrogen dan mengantar masa depan lebih mampan.
Skip to content