Skip to main content
Berita

Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026

19 Julai 2026, Ipoh – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 yang berlangsung di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS), Perak.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri sekali gus menandakan bermulanya sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 yang diraikan dengan semangat patriotisme, perpaduan dan kebersamaan.
Bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan tahun ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk memastikan hasil kemajuan dan pembangunan negara terus dirasai secara adil, inklusif dan menyeluruh oleh setiap lapisan masyarakat, sejajar dengan aspirasi membina Malaysia yang makmur, bersatu dan sejahtera.
MOSTI turut komited menyokong aspirasi Malaysia MADANI melalui pemerkasaan aganda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) sebagai pemacu kemajuan negara, selaras dengan semangat cintakan tanah air, perpaduan rakyat dan pembangunan negara yang mampan.
Ayuh warga MOSTI untuk bersama-sama menjayakan inisiatif #SatuRumahSatuJalurGemilang dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan pejabat sebagai simbol kecintaan kepada Malaysia serta tekad untuk terus memelihara keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara.
Foto kredit : Jabatan Penerangan & Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Skip to content