Skip to main content
Berita

Majlis Peluncuran Selangor Triple Accelerator Programme 2026 di MRANTI Park, Kuala Lumpur

11 Jun 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hadir menyempurnakan Majlis Peluncuran Selangor Triple Accelerator Programme 2026, sebuah inisiatif strategik hasil kolaborasi antara SIDEC dan MRANTI untuk memacu usahawan teknologi tempatan ke pentas global. Langkah ini memperkukuh laluan pengkomersialan negara yang menyokong aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) menerusi sektor Pertumbuhan Tinggi, Nilai Tinggi (HGHV).
YB Datuk Chang Lih Kang menyatakan bahawa program ini menawarkan tiga laluan utama: Deep-X (teknologi mendalam & AI), Retail-X (platform digital), dan Token-X (aset digital & Web3). Turut diperkenalkan adalah inisiatif Wira AI bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan dalam operasi perniagaan mereka.
YB turut menzahirkan penghargaan prestasi cemerlang SIDEC yang telah memperkasakan lebih 70,000 usahawan sejak 2015 dengan janaan Nilai Barangan Kasar (GMV) melebihi RM730 juta. Beliau berharap model kejayaan Selangor ini dicontohi oleh negeri-negeri lain untuk membina ekosistem inovasi tersendiri dalam sektor pertanian, pembuatan, dan logistik.
Selain itu, YB Menteri memaklumkan bahawa usahawan teknologi akan terus mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan melalui dana R&D, pembangunan bakat, dan sokongan kawal selia. Beliau menyeru supaya peluang ini dimanfaatkan bagi mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia melalui inovasi.
Skip to content