Skip to main content
Berita

Majlis Penutup 2nd INO 2024

19 November 2024, Selangor – Malaysia melalui Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjadi penganjur bagi Pertandingan 2nd International Nanotechnology Olympiad (INO). Penganjuran Pertandingan 2nd INO 2024 dijayakan dengan kerjasama Sekretariat Tetap INO, Iran Nanotechnology Innovation Council (INIC), Pertubuhan Asia Nano Forum (ANF), Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) dan Malaysia Nanotechnology Association (MNA).
Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah daripada negara-negara ahli tetap dan ahli bersekutu pertubuhan Asia Nano Forum (ANF). 2nd INO telah menerima penyertaan enam (6) pasukan iaitu dua (2) pasukan Malaysia manakala satu pasukan masing-masing mewakili Taiwan, Thailand, Iran dan Hong Kong.
Pasukan-pasukan ini telah mempertandingkan cadangan penyelidikan bagi penyelesaian dengan pengaplikasian nanosains dan nanoteknologi yang bertemakan “Aplikasi Nanoteknologi Bagi Tenaga Alternatif “.
Majlis Penutup 2nd INO 2024 telah disempurnakan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
✅ The Best of The Best Team – Iran
✅ The Best Project in Science and Technical Development – Malaysia 1
✅ The Most Novel and High Impact Idea – Hong Kong
✅ The Best Project in Business Development – Taiwan
✅ Silver Medal – Thailand
✅ Silver Medal – Malaysia 2
Majlis turut menyaksikan simbolik penyerahan tuan rumah kepada Taiwan bagi penganjuran 3rd INO 2026 di Taipei, Taiwan.
Skip to content