Skip to main content
Berita

Majlis Penutup ASEAN Bioethics Seminar 2025

10 September 025, Sabah – Program ASEAN Bioethics Seminar 2025 telah melabuhkan tirainya hari ini selepas dua hari berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah melibatkan penyertaan seramai 250 orang termasuk perwakilan daripada negara ASEAN, Timor-Leste.

Majlis ini dimulakan dengan Sesi Perkongsian Khas daripada Cik Marianna Maculan, Chief, External Relations, International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB) berkenaan inisiatif dan peluang kolaborasi yang ditawarkan ICGEB. Malaysia melalui MOSTI adalah merupakan sebahagian daripada ahli ICGEB.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Aidawati binti Misdar, selaku Pengerusi ASEAN Sub-Committee on Biotechnology (SCB) dan Setiausaha Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Dalam ucapan penutup, YBrs. Puan Aidawati Misdar menekankan komitmen bersama ke arah penyelarasan dasar bioetika serantau, pembinaan kapasiti serta kerjasama rentas negara, dan pemerkasaan ekosistem inovasi beretika ASEAN.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama penganjur bersama program ini iaitu Kerajaan Negeri Sabah (melalui Pusat Biodiversiti Sabah), Universiti Malaysia Sabah (UMS), National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam menjayakan seminar ini. Semoga semangat kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat bersama.
Skip to content