Skip to main content
Berita

Majlis Penutup ASEAN-India Grassroots Innovation Forum (AIGIF) 2023

30 November 2023, Pulau Langkawi – ASEAN-India Grassroots Innovation Forum (AIGIF) 2023 melabuhkan tirainya. AIGIF yang berlangsung selama 3 hari bermula 28 November sehingga 30 November 2023 di Langkawi Internation Convention Centre (LICC) merupakan sebuah program khusus untuk inovator akar umbi dan inovator sosial yang melibatkan pertandingan, pameran dan sesi perbincangan di kalangan negara-negara anggota ASEAN dan India.

Tahniah diucapkan kepada Inovator Akar Umbi Malaysia yang telah berjaya memenangi tempat ketiga bagi kategori Grassroots Innovation Competition dan tempat kedua bagi kategori Students Innovation Competition.
YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hadir merasmikan Penutup AIGIF 2023. AIGIF 2023 telah mengumpulkan 11 negara yang diwakili oleh ASEAN dan India. Ia menampilkan 15 penceramah antarabangsa yang berkongsi pandangan mereka mengenai masa depan inovasi akar umbi. Turut hadir ialah 30 rakan strategik yang menambah semangat kerjasama dan memastikan pendekatan pelbagai aspek untuk menangani cabaran masyarakat melalui sains, teknologi dan inovasi.
Tahniah kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan AIGIF 2023. Jumpa lagi di AIGIF 2024.
Skip to content