28 Mei 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah menghadiri Majlis Penutup Persidangan Juruaudit ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Persidangan ini menghimpunkan 2,243 orang peserta daripada sektor awam dan swasta serta menyaksikan penyertaan peserta negara serantau dan antarabangsa dengan kehadiran beberapa Ketua Institusi Audit Tertinggi (Supreme Audit Institution – SAI) negara ASEAN dan Asia termasuk SAI Brunei, SAI Filipina, SAI Kemboja, SAI Lao PDR, SAI Maldives dan SAI Yaman.
Bertemakan “Inclusive and Sustainable Auditing for a Progressive ASEAN”, persidangan ini menjadi medan strategik untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi memperkukuhkan rangka kerja audit selaras dengan cabaran masa kini yang merangkumi transformasi digital dalam pengauditan, penyesuaian kepada keperluan pelaporan Alam Sekitar, Sosial dan Tatakelola (ESG), Pembangunan kapasiti serta jalinan kerjasama merentas sempadan negara.