Skip to main content
Berita

Majlis Penyerahan Bangunan Baru ABI

By 2012-05-30Mac 10th, 2017No Comments

 

Serdang, 30 Mei 2012:  Majlis Penyerahan Bangunan Kompleks Institut Agro-Bioteknologi, Malaysia (ABI) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Turut hadir ialah YBhg. Prof Datin Paduka Dr. Khatijah Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan YBhg. Dato’ Ir. Abdullah Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor.

Majlis Penyerahan Bangunan Kompleks ABI ini bermula dengan upacara menandatangani dokumen penyerahan dan penyampaian replika kunci oleh YBhg. Dato’ Ir. Abdullah Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor kepada YBhg. Dato’ Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Sebagai tanda kenangan, YBhg. Dato’ Madinah Mohamad turut menyempurnakan acara menanam pokok Penaga Lilin (Mesua ferrea) di hadapan kompleks ABI.

Kompleks ABI mempunyai satu blok pentadbiran dan tiga blok makmal-makmal penyelidikan. ABI dijangka akan mula beroperasi di kompleks baru bermula Julai 2012.