Skip to main content
Berita

Majlis Penyerahan Pejabat Zon Utara (PZU), Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia)

2 November 2022, Kedah – YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini hadir ke Majlis Penyerahan Pejabat Zon Utara (PZU), Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) di Sungai Petani, Kedah.

Projek pembinaan PZU ini telah bermula pada tahun 2018 dengan kos keseluruhan projek sebanyak RM12 juta sepertimana yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11). Sijil Siap Kerja (CPC) bagi Projek Pembinaan Pejabat Zon Utara (PZU) Atom Malaysia telah diserahkan oleh JKR pada tarikh 29 September 2022 yang lalu.

Atom Malaysia adalah badan kawal selia aktiviti tenaga atom yang menguatkuasakan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) serta berperanan sebagai Agensi Teknikal Tindakbalas Pertama (First Responder) melibatkan kemalangan radiologi dan sekuriti nuklear di negara ini.

Sehingga kini, Atom Malaysia mempunyai ibu pejabat yang terletak di Dengkil, Selangor dan empat (4) pejabat cawangan di seluruh Malaysia iaitu di Zon Utara, Zon Timur, Zon Selatan serta Zon Sabah dan Sarawak.

Pembinaan bangunan PZU ini dalam memastikan semua pihak mendapat khidmat nasihat atau perkhidmatan berkaitan perlesenan, pemeriksaan, peperiksaan pegawai perlindungan sinaran (PPS), latihan berkaitan kecemasan radiologi (emergency drill) dan lain-lain lagi dengan lebih cepat dan efisyen.

 

IMG 0813              DSC 3206

DSC 3272              IMG 0804

Skip to content