Skip to main content
Berita

Majlis Perasmian Cradle LIVE! Summit 2026

4 November 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menghadiri Cradle LIVE! Summit 2026 yang berlangsung di The Arch Galeries, Kuala Lumpur hari ini.
Sidang kemuncak anjuran Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle), agensi di bawah MOSTI, ini berlangsung dari 4 hingga 5 November 2026 bertemakan “Build in Malaysia. For ASEAN & Beyond”. Program ini menghimpunkan syarikat pemula, pelabur dan pemain industri bagi menggalakkan kerjasama strategik, membuka peluang pelaburan serta memperluas akses pasaran ke peringkat ASEAN dan global.
Antara pengisian utama ialah pelancaran Startup ASEAN Digital Centre of Excellence (DCoE) yang dilengkapi tujuh modul digital baharu serta keupayaan kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong pengembangan syarikat pemula merentas sempadan. Program ini turut mengetengahkan The BIG Programme bagi menggalakkan kerjasama antara syarikat pemula dengan sektor korporat.
Selaras dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021–2030, penganjuran Cradle LIVE! Summit 2026 mencerminkan komitmen MOSTI melalui Cradle dalam membangunkan ekosistem syarikat pemula yang berdaya saing serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab syarikat pemula serantau.
Skip to content