26 September 2023, Putrajaya – Sekitar Majlis Perasmian IEEE International Conference on Sensors & Nanotechnology (IEEE SENNANO 2023) yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Persidangan ini merupakan penganjuran bersama Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, MOSTI dengan IEEE Sensors and Nanotechnology Council Malaysia Joint Chapter, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Southampton Malaysia dan Universiti Teknologi Petronas.
Persidangan ini bertujuan membentangkan hasil kajian, penemuan, idea dan aplikasi terkini dalam bidang sensor berasaskan nanoteknologi.