Skip to main content
Berita

Majlis Perasmian Karnival STI Madani Labuan (MSN Labuan) & TAMU Gadang Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan

9 November 2024, Sabah – Majlis Perasmian Karnival STI Madani Labuan (MSN Labuan) & TAMU Gadang Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Pelaksanaan Karnival STI Madani 2024 yang dilaksanakan bersekali dengan program Tamu Gadang dengan kerjasama UMS Kampus Antarabangsa Labuan, memberi peluang kepada penggerak dan pengamal STI tempatan untuk mengetengahkan idea, teknologi dan inovasi mengikut keperluan masyarakat setempat. Program ini menyasarkan pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah, Institusi Pengajian Tinggi dan belia tempatan.
Turut berlangsung penyampaian Watikah Pelantikan Program STI 100³ daripada MOSTI kepada 11 orang saintis Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Program STI 100³ ialah sebuah program yang melibatkan 100 saintis, 100 sekolah dan 100 hari tempoh pelaksanaan program serta diharapkan dapat menghasilkan impak yang signifikan dalam peningkatan minat pelajar sekolah kepada bidang STEM.
Hadir sama YB Dato’ Indera Dr. Haji Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan; YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Datuk Mohd Hanafiah bin Mohd Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI); YBhg. Profesor Dr. Shahril bin Yusof, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS; YBrs. Encik Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan dan YBrs. Profesor Madya Dr. Mohammad Rizal Abdul Hamid, Pengarah Kampus UMSKAL.
Skip to content