Skip to main content
Berita

Majlis Perasmian MIMOS Junior Academy (Tadika MIMOS)

21 Februari 2025, Kuala Lumpur –  YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail telah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian MIMOS Junior Academy (Tadika MIMOS) di MIMOS Berhad, Bukit Jalil.
Penjenamaan semula Tadika MIMOS kepada MIMOS Junior Academy (MJA) ini turut membawa penambahbaikan dengan mengadaptasi satu kurikulum baharu berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Kurikulum ini dirangka khusus untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh, dinamik, dan inovatif bagi para pelajar, sekaligus memupuk minat terhadap STEM sejak usia muda.
MJA bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam pelaksanaan kurikulum baharu ini untuk menyemai minat terhadap STEM dalam kalangan pelajar tadika sejajar dengan aspirasi nasional untuk meningkatkan literasi STEM, sekaligus memupuk generasi masa depan yang celik digital, sains dan teknologi.
Pendekatan pengajaran di MJA termasuk:
1️⃣ 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐤𝐮𝐢𝐫𝐢: Menggalakkan rasa ingin tahu melalui soalan dan eksperimen.
2️⃣ 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐢𝐧: Menggunakan permainan untuk membangunkan kemahiran kognitif dan motor.
3️⃣ 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 (𝐏𝐁𝐋): Menyelesaikan cabaran dunia sebenar dalam projek jangka panjang.
4️⃣ 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐓𝐄𝐌: Mengintegrasikan prinsip STEM dalam kurikulum.
5️⃣ 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧: Pengalaman praktikal seperti
lawatan sambil belajar dan eksperimen.
6️⃣ 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 (𝐓𝐄𝐋): Menggunakan alat moden untuk masa depan berasaskan teknologi.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam ucapannya menekankan bahawa pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) adalah satu fokus utama MOSTI dan menyokong inisiatif yang mengintegrasikan pembelajaran STEM dalam pendidikan prasekolah melalui aktiviti interaktif, eksperimen mudah, dan eksplorasi secara hands on, “Pendidikan STEM adalah komponen kritikal dalam membina tenaga kerja yang
bersedia untuk masa depan.
MOSTI berusaha untuk menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang STEM bagi mengatasi jurang kemahiran yang wujud dan memastikan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Skip to content