Skip to main content
Berita

Majlis Perasmian Penutup 2nd International Counselling and Wellness Innovation Competition 2026 (INNOCARE 2026)

20 Jun 2026, Tanjung Malim – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup 2nd International Counselling And Wellness Innovation Competition 2026 ( INNOCARE 2026) di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI Tanjung Malim, Perak.
Program bertaraf antarabangsa yang bertemakan “Re-humanising Care in a Digital World: Innovation for Wellbeing, Equity, and Purpose” ini mempertandingkan empat kategori utama merangkumi aspek pencegahan, intervensi, teknologi digital dan kesejahteraan inklusif.
Menurutnya, Inovasi yang terbaik bukan sekadar melibatkan kecanggihan teknologi, malah perlu bersifat inklusif, beretika, dan mampu memberikan penyelesaian holistik kepada isu-isu masyarakat, termasuk penjagaan kesihatan mental.
Bagi menyokong agenda ini, MOSTI telah menyediakan pelbagai inisiatif strategik seperti program pendanaan dan platform sokongan bagi membantu usahawan, penyelidik, serta syarikat pemula tempatan mengkomersialkan ciptaan mereka ke pasaran yang lebih luas menerusi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan rangkaian Ruang Daya Cipta (RDC).
MOSTI akan terus komited dalam memperkasa inovasi berteraskan nilai kemanusiaan bagi menangani isu kesihatan mental serta meningkatkan kesejahteraan komuniti seiring dengan perkembangan era digital. Pada masa yang sama, UPSI turut memainkan peranan penting dalam mengintegrasikan teknologi dan nilai kemanusiaan bagi melahirkan masyarakat yang sejahtera, berdaya tahan dan inklusif.
Skip to content