8 April 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima Watikah sebagai Timbalan Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam) semasa Majlis Perasmian Penutup Bulan Pertahanan Awam Tahun 2025 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bertempat di Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Kajang, Selangor.
Selain itu, YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia, YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysiadan YBrs. Puan Noraishah binti Pungut, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom turut menerima Watikah sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam).
Majlis Perasmian Penutup Bulan Pertahanan Awam Tahun 2025 diadakan untuk meraikan pencapaian dan usaha yang telah dilakukan sepanjang bulan pertahanan awam dalam meningkatkan kesedaran serta kesiapsiagaan masyarakat dan aktiviti yang dilaksanakan oleh seluruh peringkat APM. Majlis ini juga sebagai platform bagi menghargai sumbangan dan kerja keras oleh semua warga APM yang berdedikasi dalam melaksanakan program dan aktiviti sepanjang bulan pertahanan awam.
Turut hadir, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Hj. Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara.