Skip to main content
Berita

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEMADANAN PERNIAGAAN DAN PASARAN TEKNOLOGI

By 2014-06-24Disember 14th, 2020No Comments

UKK_1346

 

PUTRAJAYA, 24 Jun 2014 – 25 produk R&D siap sedia dikomersilkan yang dibangunkan oleh SIRIM Berhad dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melalui pembiayaan dana MOSTI akan melalui sesi pemadanan perniagaan sepanjang 24-25 Jun 2014. Program bertujuan untuk  mengkomersilkan produk kepada pelabur yang berpotensi.

Program pemadanan perniagaan secara kolaborasi antara MOSTI, SIRIM dan MTDC dilancarkan oleh YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Dilaksanakan pertama kalinya sempena Tahun Pengkomersilan Malaysia (MCY2014) yang dilancarkan pada 21 Januari 2014 lalu, dengan sasaran 60 produk dikomersilkan hingga akhir tahun.

Sepanjang dua hari program berlangsung, MTDC akan membawa 21 produk hasil R&D di bawah program SYMBIOSIS, kerjasama dengan USM, UM, UKM, UPM, UTM, UIAM dan UiTM. Produk-produk merangkumi kluster industri, bioteknologi/sains hayat, ICT, ‘renewable & clean energy’, medical device, perubatan, farmaseutikal, sains sosial, elektronik, kimia dan ‘waste to wealth’.

Manakala, SIRIM dengan empat (4) produk teknologinya iaitu Mesin TCG-8 “Integrated Online Operation, Inpection QC Vision System for Multi Orientation of Tool and Cutter Grinder, Bio Composite Wood Technology, Solaerator™ dan Robokit.

Menurut YB Timbalan Menteri, sepanjang RMKe-10, R&D telah diberikan keutamaan oleh kerajaan dan sejumlah RM 637 juta peruntukan dana telah diluluskan untuk ScienceFund, TechnoFund, InnoFund, Commercialisation of Research & Development Fund (CRDF), Technology Acquisition Fund (TAF) dan Bioteknologi Commercialisation Fund. Tambah beliau lagi, sehingga kini, 40 produk telah berjaya dikomersilkan dan menghampiri sasaran MCY2014 iaitu 60 produk pada akhir tahun.