Skip to main content
Berita

Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bulan Ogos 2025

25 Ogos 2025, Putrajaya – Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi bulan Ogos 2025 di Putrajaya telah berlangsung dengan penuh semangat patriotisme.

YBrs. Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembudayaan Sains) MOSTI, dalam ucapannya menegaskan bahawa kemerdekaan pada hari ini membawa makna kebebasan untuk berfikir, berinovasi serta membangunkan negara melalui sains, teknologi dan inovasi (STI).
Majlis diserikan dengan penyampaian kit Jalur Gemilang dari pihak Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) yang diwakili oleh YBrs. Encik Chua Hin Chiew, Pengarah Bahagian Media Siber JAPEN serta penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil MOSTI yang akan menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2025.
Majlis turut menyaksikan penyampaian Sijil Pengiktirafan AKRAB kepada 22 pegawai MOSTI, jabatan dan agensi, serta Sijil Penghargaan Integrasi MyDigital ID kepada Bahagian Dana, Bahagian MASTIC, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat MOSTI dan pihak MyDigital ID.
MOSTI juga berbangga dengan kejayaan meraih KPI HRMIS 5 Bintang bagi tahun 2024, di samping pencapaian cemerlang Pusat Sains Negara dengan lebih 1.2 juta pengunjung dan Planetarium Negara yang menganjurkan 41 program astronomi sepanjang tahun ini.
Dengan semangat kemerdekaan, MOSTI akan terus menjadi peneraju inovasi demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
Turut hadir, YBrs. Encik Mohd Zamri Shah Bin Mastor, Pengarah Planetarium Negara dan YBrs. Encik Mohammad Fuad Bin Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara termasuk Setiausaha Bahagian MOSTI.
Skip to content