Skip to main content
Berita

Majlis Perjumpaan dan Berbuka Puasa MOSTI Bersama YB. Datuk Seri Panglima Menteri

By 2012-08-15Mac 10th, 2017No Comments

 

Putrajaya, 15 Ogos 2012: Perjumpaan YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili bersama warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sempena Majlis Berbuka Puasa telah diadakan pada 15 Ogos 2012 (Rabu) bertempat di perkarangan bangunan Blok C4, MOSTI. Majlis yang bermula pada pukul 7.00 petang telah menghimpunkan seramai 250 warga MOSTI dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha MOSTI disusuli dengan ucapan YB Datuk Seri Panglima Menteri yang mengharapkan agar warga MOSTI melalui bulan Ramadan dengan penuh keberkatan di samping meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Pengisian majlis seterusnya ialah menunaikan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Mizan, solat isyak berjemaah seterusnya solat terawih. YBhg Dato’ Dr KSU dalam ucapannya mengumumkan sumbangan wang di kalangan warga MOSTI mencecah RM10,000 dan telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada kakitangan kumpulan sokongan, ibu tunggal dan pengawal keselamatan yang bertugas pada hari raya.
Turut hadir pada majlis perjumpaan ini ialah Prof. Datin Paduka Dr Khatijah binti Mohd Yusuff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), YBhg Dato’ Dr Sharifah Zarah binti Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan serta Agensi.
Skip to content