Skip to main content
Berita

Majlis Perjumpaan Khas YB. Timbalan Menteri Bersama Warga MOSTI

By 2013-07-26Disember 14th, 2020No Comments

t

 

PUTRAJAYA (26 Julai 2013) : Majlis Perjumpaan Khas YB. Timbalan Menteri  Bersama Warga MOSTI telah diadakan pada hari ini bersamaan 17 Ramadan 1434 Hijrah. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran seramai 20 orang anak yatim dari Yayasan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson, Kawasan Kampung Chua. Mereka turut menerima sumbangan Hari Raya daripada YB. Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sumbangan Hari Raya ini adalah sebagai tanda keprihatinan dan menunaikan tanggungjawab sosial MOSTI yang dijalankan saban tahun. Sumbangan turut diberikan kepada kakitangan Kumpulan Sokongan II (Gred 1-16) dan kakitangan yang akan bertugas semasa musim perayaan dalam menceriakan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Majlis perjumpaan ini telah disusun dengan pelbagai pengisian bagi mengimarahkannya seiring dengan sambutan Hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada tarikh yang sama. Majlis turut dihiasi dengan tazkirah Ramadan bertajuk ‘Kelebihan Ramadan’ yang disampaikan oleh Ustaz Hamdan bin Mohamad, Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin seterusnya acara berbuka puasa yang disertai seramai 250 warga MOSTI.

Solat fardu Maghrib dan Isya’ serta solat terawih secara berjemaah warga MOSTI telah  diimamkan oleh Ustaz Hamdan bin Mohamad.