PUTRAJAYA, 20 APRIL 2020 – Majlis PraPelancaran aplikasi MySejahtera telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan bersama YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu KKM mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.