Skip to main content
Berita

Majlis Semarakkan Bulan Kemerdekaan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-56 dan Sambutan Hari Malaysia Ke-50 Peringkat Kompleks C Tahun 2013

By 2013-09-09Disember 14th, 2020No Comments

i

 

PUTRAJAYA, 9 September 2013- ‘Tema Hari Kemerdekaan Ke-56 Tahun 2013 adalah “Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku”. Tema ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa. Tema ini adalah untuk mengingatkan rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan tanah air’ kata YB. Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang membacakan teks ucapan YB. Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada majlis Semarakkan Bulan Kemerdekaan Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-56 dan Sambutan Hari Malaysia ke-50 Peringkat Kompleks C Tahun 2013.
 
Majlis yang diraikan oleh seribu penjawat awam kompleks C turut meraikan sambutan Hari Malaysia yang ke-50. Perayaan berganda ini sebagai manifestasi warga Kompleks C terhadap kesejahteraan dan keamanan yang dinikmati negara.
Dalam majlis ini, penjawat awam diseru agar menyemat kecintaan terhadap tanah air dengan menyemarakkan sambutan perayaan ini yang disambut saban tahun. Dengan mengekalkan semangat kecintaan ini, penjawat awam tidak akan terpengaruh dengan anasir luar yang sentiasa cuba menggugat keselamatan dan keharmonian Negara. 
Simbolik sambutan ini adalah dengan melepaskan belon ke udara yang dilakukan secara serentak oleh semua kakitangan Kompleks C yang hadir.

Skip to content