8 Oktober 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menjawab pertanyaan lisan oleh YB Tuan Tan Kar Hing, Ahli Parlimen Gopeng, berhubung Status Ratifikasi Rescue of Astronauts, the Return of Astronauts and the Return of Objects Launched into Outer Space (ARRA 1968) dan penyertaan Convention on International Liability for Damage Caused by Space Objects (LIAB 1967).
Malaysia sedang memperkukuh kesiapsiagaan perundangan dan operasi angkasa menjelang sasaran ratifikasi ARRA 1968 dan penyertaan dalam LIAB 1967 pada Q2 2027 melalui inisiatif yang digerakkan oleh MOSTI. Antaranya Kesiapsiagaan Bencana melalui pelaksanaan siri Latih Amal Kemalangan Angkasa (ExLAKA) bagi memantapkan Peraturan Tetap Operasi (PTO) Bencana Angkasa 4.0, Integrasi NADMA yang mana insiden angkasa kini rasmi di bawah Arahan NADMA No. 1 untuk perlindungan mangsa & bantuan kewangan sosial serta Koordinasi Udara & Undang-undang dengan kerjasama erat bersama ATM, CAAM, dan pemerkasaan kerangka liabiliti domestik & antarabangsa (Akta 834).
Langkah strategik ini bukan sahaja menjamin keselamatan negara mendepani risiko objek angkasa, malah mengangkat Malaysia sebagai pemain angkasa yang bertanggungjawab bagi menyokong Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 serta menarik pelaburan global.




