Skip to main content
Berita

Makmal Bergerak (Mobile Lab)

2 Mei 2024, Selangor – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang hari ini telah merasmikan Makmal Bergerak (Mobile Lab) dan bangunan makmal bergerak, sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesiapsiagaan KIMIA Malaysia bagi menangani sebarang bentuk bencana yang melibatkan bahan kimia.

“Projek makmal bergerak ini merupakan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Makmal bergerak ini dilengkapi dengan peralatan saintifik berteknologi tinggi, yang akan dapat menyediakan laporan awal bagi menentukan tahap keselamatan kawasan insiden dan penilaian risiko di tempat kejadian,” ulas YB Chang Lih Kang.
Susulan daripada tragedi pencemaran sungai dan udara yang pernah berlaku sebelum ini di Sungai Kim-Kim dan Taman Mawar, Pasir Gudang, KIMIA Malaysia telah mengambil langkah proaktif menubuhkan Pasukan Tindakan Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe) yang boleh bertindakbalas terhadap kejadian yang melibatkan insiden atau bencana kimia.
Justeru, dengan adanya makmal bergerak ini sudah pasti akan dapat meningkatkan keupayaan Pasukan Tindakan CBRNe untuk melakukan kerja-kerja di lapangan khususnya bagi menangani krisis dan bencana kimia dengan pantas dan berkesan.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengalukan-alukan sebarang bentuk kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memanfaatkan penggunaan makmal bergerak yang dilancarkan pada hari ini. MOSTI juga menyokong usaha dan inisiatif yang boleh mambantu meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan rakyat melalui penawaran teknologi canggih yang dibangunkan.
Terlebih dahulu YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah meluangkan masa melawat pameran sempena Hari Terbuka Jabatan Kimia Malaysia.
Skip to content