30 Mei 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah mewakili YB Menteri bagi menyampaikan anugerah dan Piala Penaung Menteri MOSTI kepada pemenang di Majlis Malam Budaya Cipta sempena penganjuran 36th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2025.
ITEX 2025 merupakan program tahunan anjuran Malaysian Invention & Design Society (MINDS) bersama C.I.S Network Sdn. Bhd. (C.I.S Network) yang diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Sains, Teknologi & Inovasi (STI) selaras dengan Dasar Sains, Teknologi & Inovasi Negara 2021 – 2030. ITEX juga berperanan sebagai platform pengkomersialan reka cipta yang berkonsepkan STI.
MIMOS telah memenangi Piala Penaung Menteri MOSTI yang diharapkan dapat menggalakkan lagi para penyelidik untuk memperkasakan penyelidikan dan terus menyumbang kepada ekonomi yang lebih lestari. Ianya juga sejajar dengan seruan Kerajaan untuk memupuk budaya inovasi dan memajukan budaya daya cipta dan R&D ke tahap yang lebih tinggi.
Di majlis ini juga, saintis negara, YBrs. Dr. Ravigadevi Sambanthamurthi telah menerima pengiktirafan sebagai Saintis Malaysia Pertama dilantik sebagai Felo Royal Society, institusi sains tertua dan paling berprestij di dunia.