Skip to main content
Berita

Malaysia And The Kingdom Of Spain Signed A Memorandum Of Understanding On Cooperation In The Field Of Science, Technology And Innovation

2 Mac 2023, Sepanyol – Malaysia dan Sepanyol hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjalin kerjasama yang lebih besar dan hubungan dua hala yang lebih erat bagi kedua-dua negara.

MoU itu ditandatangani di Kementerian Sains dan Inovasi, Madrid oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Mrs. Raquel Yotti, Secretary General for Research, Ministry of Science and Innovation (MCIN), Sepanyol. Teras utama MoU adalah untuk menggalakkan kerjasama antara Malaysia dan Sepanyol dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, pertukaran kepakaran, persidangan saintifik, penggunaan kemudahan saintifik dan sebarang bidang kerjasama lain dalam rangka kerja MoU.

MoU tersebut akan menjadi pemangkin kerjasama dalam bidang sains dan teknologi serta menjalin hubungan dua hala yang lebih erat ke arah kemajuan ekonomi. Dengan termeterainya MoU tersebut, kedua-dua negara bersedia untuk meneroka kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi, termasuk bioteknologi, angkasa sains, bahan dan pembuatan termaju.

Antara program yang berjaya menandakan sinergi kerjasama antara Malaysia dan Sepanyol ialah Malaysia Spain Innovating Programme (MYSIP). MYSIP adalah program bersama antara Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) – sebuah agensi di bawah MOSTI; Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia; dan Centre for the Development of Industrial Technology (CDTI), Sepanyol.

MYSIP membolehkan penerokaan peluang perniagaan baharu melalui perkongsian R&D industri yang kukuh ke arah pengkomersilan serta projek kerjasama R&D&I yang diterajui perniagaan antara entiti, termasuk syarikat pemula dari kedua-dua negara.

 

328333435 922976749118281 2712439953036604659 n      323881638 1967134966790420 4805847404723416933 n

Skip to content