Skip to main content
Berita

MALAYSIA TECHLYMPICS 2022 KINI DI ZON SELATAN

11 Oktober 2022, Johor – Malaysia Techlympics 2022, sebuah inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini dipertandingkan di peringkat zon bagi mencari peserta atau Techlympians yang bakal mara ke peringkat seterusnya bagi merebut hadiah-hadiah bernilai sehingga RM500,000.00.

Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Malaysia Techlympics Zon Selatan di Universiti Southampton Malaysia, Iskandar Puteri, Johor hari ini.

Menurut beliau, melihat kepada semangat yang ditunjukkan oleh para Techlympians, MOSTI yakin bahawa Malaysia mampu melahirkan generasi yang celik sains teknologi dan inovasi (STI) dan para inovator muda yang berkebolehan untuk menghasilkan solusi, aplikasi dan produk berteknologi untuk masyarakat dan kelestarian negara.

“Malaysia Techlympics penting kerana mampu meningkatkan lagi daya saing dan daya tahan negara melalui penyertaan inklusif dalam pertumbuhan ekonomi baharu, penerimagunaan teknologi termaju, membina bakat changemaker serta menyokong transformasi Malaysia sebagai negara berinovatif berasaskan teknologi tinggi terutama dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Sehingga kini, seramai 1.029 juta Keluarga Malaysia yang berusia di antara tujuh (7) hingga 30 tahun telah mendaftar untuk menyertai pelbagai jenis pertandingan dan sesi perkongsian STI yang diadakan sejak April hingga November 2022.

Malaysia Techlympics 2022 dilaksanakan oleh Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) sebuah agensi MOSTI dan disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kementerian Pengajian Tinggi. Inisiatif ini mensasarkan satu (1) juta penyertaan daripada para pelajar dan 2,000 idea STI yang berpotensi untuk dikomersialkan.

MOSTI telah menyusun sebanyak 25 pertandingan di bawah lima (5) kategori utama yang tertumpu kepada bidang-bidang yang membabitkan kejuruteraan, pengkomputeran dan mikro-komputer, nano, Internet benda (IoT), robotik, dron, sains, matematik, reka bentuk kreatif dan animasi serta percetakan dan pembangunan 3D.

 

         

         

          TECHLYMPICS JOHOR 34

Skip to content