YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal dalam ucapan perasmiannya berkata “melihat kepada kepentingan peredaran teknologi digital kepada negara, antara pengisian aktiviti dan pertandingan Malaysia Techlympics menekankan aspek teknologi terkini seperti kecerdasan buatan, pengekodan, pengkomputeran, dron dan banyak lagi sebagai wadah dan pendedahan awal bagi para pelajar dan belia dalam teknologi pesat ini”
Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Tengah menyaksikan seramai lebih 3,000 orang peserta dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkumpul bersama-sama di Nilai Arena, Negeri Sembilan untuk bersaing bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November 2025.
Malaysia Techlympics merupakan inisiatif MOSTI dalam usaha memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pertandingan yang lebih menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda kritikal, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna serta berimpak tinggi.
MOSTI percaya bahawa pembudayaan STI tidak terhad kepada pendidikan secara formal di dalam kelas atau bilik darjah sahaja. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang disediakan melalui Malaysia Techlympics akan menggunapakai kaedah hands-on dan secara langsung daripada pengamal serta pakar STI.
Maklumat lanjut sila layari https://www.techlympics.my/