Skip to main content
Berita

Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Utara

22 September 2025, Kedah – Majlis Perasmian Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Utara telah disempurnakan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di UiTM Merbok, Kedah.

Program selama dua hari (22–23 September) ini menghimpunkan lebih 3,000 peserta dan 180 sekolah dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak.
Menurut YB Menteri, Malaysia Techlympics turut melaksanakan program jangkauan (Outreach) bagi memastikan pelajar luar bandar dan komuniti B40 tidak ketinggalan menikmati akses pendidikan STEM. Langkah ini penting untuk membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) agar dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Malaysia Techlympics menjadi platform mencungkil bakat pelajar dalam bidang AI, robotik, dron & teknologi hijau, di samping memberi pendedahan awal tentang kerjaya serta teknologi masa depan.
MOSTI yakin pendedahan awal ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman pelajar tentang peranan STI dalam kehidupan seharian, malah mampu melahirkan generasi inovatif, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara.
Tahniah kepada semua peserta, guru & sekolah yang menjayakan Malaysia Techlympics Zon Utara 2025!
Skip to content