Skip to main content
Berita

MBOT Tune Summit 2025 Tekankan Peranan Bakat TVET Sebagai Nadi Kemahiran Negara

10 November 2025, Melaka – YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah merasmikan MBOT Tune Summit 2025 yang berlangsung di Auditorium MITC, Melaka.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan memperkasa bakat TVET dan STEM sebagai tunjang pembangunan negara di samping menangani cabaran skills mismatch antara kemahiran graduan dan keperluan industri.
Beliau turut menekankan konsep “Human-Centric Technology” yang menjadikan manusia sebagai penggerak utama inovasi serta menyeru pelajar TVET menjadi thinking technicians, scientists dan engineers yang berfikiran kritikal dan inovatif. Kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui gaji atau jawatan, tetapi melalui pengaruh positif yang anda bawa kepada masyarakat dan negara.
MOSTI komited memperkukuh ekosistem pembangunan bakat teknologi melalui kerjasama dengan industri dan institusi pendidikan termasuk pelaksanaan Rangka Kerja 10-10 MySTIE serta pengiktirafan melalui pelbagai anugerah sains dan teknologi.

Turut hadir YBrs Dr. Md Fauzi Bin Ismail, Pendaftar Lembaga Teknologis Malaysia dan YBrs Encik Abdullah Bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta bakal teknologis dan juruteknik.

Skip to content