26 Mei 2023, Pulau Langkawi – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Perhutanan Sabah dalam satu majlis menandatangani dokumen tersebut pada hari ini di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi bagi memperkasa kerjasama penggunaan teknologi angkasa dan remote sensing dalam pengurusan sumber hutan secara lestari khususnya kawasan Hutan Simpan Negeri Sabah.

