Skip to main content
Berita

Memorandum Persefahaman MoU dan pelancaran Lima (5) produk di hari pertama Sidang Kemuncak Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit 2023)

3 Ogos 2023, Kuala Lumpur – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyaksikan dua (2) pertukaran Memorandum Persefahaman MoU dan pelancaran Lima (5) produk di hari pertama Sidang Kemuncak Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit 2023)

PERTUKARAN MOU
1️⃣ Qarbotech Sdn. Bhd. dan Aerodyne Group (Harvast Photosynthesis Enhancers) | Kolaborasi bagi Teknologi Pertanian dan Analitis Data Tanaman menggunakan Penggalak Fotosintesis Harvast & Qarbogrow serta Teknologi Dron
2️⃣ Qarbotech Sdn. Bhd. dan Abundance Victory Sdn. Bhd. | Kolaborasi bagi Pengedaran dan Pemasaran Harvast & Photosynthesis Enhancers.
PELANCARAN PRODUK
✅ Produk: B40 TECHhub (Technopreneur Technovation Hybrid Hub)
Organisasi: Vacuolestech Resources
Keterangan ringkas: B40TECHHub adalah platform maya dan fizikal Usahawan Teknoprenur Technovation Hub kepada Kumpulan B40 bagi pembangunan teknologi mereka. B40TECHHub adalah hab teknologi yang menyeluruh merangkumi Platform Pembangunan Pembinaan Kapasiti (Latihan dan Kemahiran Usahawan Tekno), Platform Pemantauan untuk Teknousahawan dan Platform Crowdfunding yang menggunakan konsep wakaf dan patuh syariah.
✅ Produk: Harvast & Qarbogrow Photosynthesis Enhancers
Organisasi: Qarbotech Sdn. Bhd.
Keterangan ringkas: Harvast & Qarbogrow Photosynthesis Enhancers adalah teknologi untuk menangani ketidakcekapan proses fotosintesis. Harvast mengandungi nanoteknologi karbon yang boleh membantu tumbuhan untuk menyerap lebih banyak cahaya. Ia juga mampu mengurangkan perbelanjaan utiliti pertanian dan membantu mengoptimumkan penggunaan baja kepada tanaman
✅ Produk: Multivitamin Haiwan Ternakan dari Minyak Kelapa Dara (VETOMIN-M)
Organisasi: Dunita International Sdn. Bhd.
Keterangan ringkas: Perak & mendapat pensijilan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor. VETOMIN-M kini boleh menggantikan produk multivitamin semasa di dalam pasaran yang mengandungi bahan ubat dan kimia. Ia mengandungi 70% asid laurik dan omega.
✅ Produk: NK BeuT-ComplexTM
Organisasi: SHE Empire Sdn. Bhd.
Keterangan ringkas: BeuT-ComplexTM merupakan formulasi unggul bagi produk penjagaan kulit. Ia menggunakan kombinasi luar biasa antara ekstrak tumbuhan tempatan, bahan anti-penuaan terbaik dunia dan teknologi nano miselar menjadikan BeuT-ComplexTM efisien dalam membantu mengurangkan masalah jeragat, kulit kusam dan garis-garis halus
✅ Produk: SA+ Daily Sialic Acid Sachet Edible Bird’s Nest
Organisasi: Fuciphagus Agritech Sdn. Bhd.
Keterangan ringkas: SA+ Daily Sialic Acid Sachet Edible Bird’s Nest merupakan sarang burung walit pertama yang disediakan dalam bentuk sachet adalah mengikut piawaian halal dan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). SA Plus dihasilkan melalui bioteknologi yang dipatenkan dan merangkumi pemprosesan biomaterial nano serta teknologi percetakan bahan biotik termaju. Melalui teknologi ini, kandungan asid sialik dalam sarang burung dapat diseragamkan
Skip to content