26 April 2024, China – MRANTI yang merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Beijing Zhongguancun Science City Innovation Development Co. Ltd. Dengan disaksikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), menandakan detik penting dalam hubungan diplomatik antara China-Malaysia yang ke-50.
MoU itu menandakan komitmenkedua-dua organisasi kepada inisiatif strategik untuk kemajuan ketara dalam teknologi dan inovasi merentasi lima bidang utama kerjasama, iaitu:
Pertukaran Kakitangan dan Perkongsian Pengalaman Pembangunan: Mewujudkan sistem yang mantap untuk pertukaran kakitangan bagi meningkatkan amalan terbaik dan menggalakkan pembelajaran bersama dalam mengurus taman Sains dan Teknologi.
Latihan dan Seminar: Bekerjasama dalam program meningkatkan keupayaan keusahawanan, membina ekosistem inovasi, menyokong perniagaan teknologi, dan mengkomersialkan penyelidikan saintifik.
Sistem Penandaarasan Bersama & Lawatan Sambil Belajar: Mewujudkan sistem lawatan bersama untuk memudahkan interaksi langsung antara perusahaan, memupuk kerjasama perniagaan dan pengembangan pasaran.
Penyelidikan Kolaboratif: Meneroka projek penyelidikan bersama untuk memajukan sains, teknologi dan inovasi (STI), menyasarkan penemuan semula industri.
Sokongan untuk Kemasukan Pasaran: Menyediakan sokongan untuk syarikat yang memasuki pasaran masing-masing untuk mengemudi peluang baharu.
Ini menandakan satu peristiwa penting dalam hubungan Malaysia-China, yang membawa kepada era baharu kerjasama dan inovasi untuk memacu kemajuan dan kemakmuran bersama.