Skip to main content
Berita

Meraikan Idea Kreatif dan Inovatif Hasil Rekaan Pereka Muda Tempatan

By 2013-03-14Disember 14th, 2020No Comments

14

 

Kuala Lumpur, 14 Mac 2013 – Bagi mengiktiraf bakat-bakat muda tempatan dalam menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif, Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini telah menganjurkan Majlis Penyampaian hadiah Pertandingan Rekabentuk Malaysia 2012 dan Pelancaran National Design Challenge 2013.

Dengan keseluruhan jumlah wang tunai yang ditawarkan sebanyak RM80,000.00 berserta trofi dan sijil pemenang, Pertandingan Rekabentuk Malaysia merupakan satu-satunya pertandingan yang mengiktiraf kebolehan dan kreativiti pereka tempatan dari pelbagai kategori (pelajar sekolah, pelajar universiti dan profesional) di atas keupayaan mereka menghasilkan idea yang berdaya saing tinggi dan berpotensi untuk dikomersilkan.

Selain Pertandingan Rekabentuk Malaysia, MRM juga akan melancarkan National Design Challenge 2013 yang dibuka penyertaannya hanya kepada pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta tempatan. Menerusi program ini, peserta dicabar untuk mencadang dan menterjemahkan idea rekabentuk yang menjurus kepada penyelesaian masalah. Untuk memastikan idea yang dicadangkan benar-benar praktikal dan menepati keperluan masyarakat, para peserta dikehendaki mengadakan kerjasama dengan mana-mana Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah mereka kenalpasti.

Hadiah kepada para pemenang Pertandingan Reka Bentuk Malaysia 2012 dan Pelancaran National Design 2013 disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) telah diberi mandat oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menerajui dan menyelaras aktiviti-aktiviti rekabentuk di Malaysia agar setanding di peringkat global.