Skip to main content
Berita

Mesyuarat Agong Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Ibu Pejabat MOSTI

24 April 2026, Putrajaya – PUSPANITA Cawangan Kecil Ibu Pejabat MOSTI hari ini telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan serta Pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2026–2028, dengan kehadiran hampir 90 orang warganita MOSTI.
Bertemakan Sinergi Wanita, Semarak Aidilfitri, majlis ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti santai seperti Teka Zoom Kuih Raya, Sambung Lirik Lagu Raya, Anugerah Ratu Syawal dan Cabutan Bertuah yang mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh kemeriahan.
Puan Nani Rahayu binti Sudin, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Ibu Pejabat MOSTI, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan komitmen barisan Ahli Jawatankuasa terdahulu, serta mengalu-alukan pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan organisasi.
Skip to content