Skip to main content
Berita

Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Kali ke-42

21 Mac 2025, Selangor – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Kali ke-42 yang berlangsung di Auditorium Blok F, Jabatan Tenaga Atom, Dengkil.
Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Datuk Seri KSU berkata “program dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh PUSPANITA ternyata banyak memberi impak positif dan memenuhi objektif utama penubuhan PUSPANITA iaitu untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota wanita Perkhidmatan Awam pada semua peringkat, melalui pelaksanaan pelbagai program juga dapat membantu ahli-ahli PUSPANITA dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam”.
Sementara itu, YBhg. Datin Seri Roslina binti Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan MOSTI dalam ucapan aluannya menyatakan harapan agar kerjasama erat di kalangan ahli-ahli PUSPANITA akan sentiasa berterusan bagi memastikan PUSPANITA Cawangan MOSTI dapat bergerak dengan lebih aktif dan memenuhi permintaan ahli-ahli dalam menyediakan aktiviti dan program yang lebih menyeluruh dan bermakna.
Buat julung kalinya, Anugerah Ikon PUSPANITA Cawangan MOSTI diperkenalkan dan diberikan kepada Ahli PUSPANITA yang telah menunjukkan komitmen dan memberikan sumbangan serta aktif dalam memperkasakan peranan dan aktiviti PUSPANITA. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada semua ahli PUSPANITA MOSTI khususnya.
Sempena Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan MOSTI kali ke-42 ini turut berlangsung sesi perkongsian mengenai “Elegan di Eidulfitri” oleh Puan Hajar Aswad dan aktiviti menjana ekonomi melalui jualan raya.
Skip to content