Skip to main content
Berita

Mesyuarat Asean Committe On Science, Technology And Innovation Ke-78 (78th ASEAN COSTI MEETING)

By 2020-10-22Oktober 23rd, 2020No Comments
Putrajaya, 21 Oktober 2020 – YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI, hari ini telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat ASEAN Commitee on Science, Technology and Innovation (78th ASEAN COSTI Meeting) di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang diadakan secara maya.
YBhg. Datuk Ir. Dr. KSU dalam ucapan pembukaan mewakili Malaysia telah menyatakan komitmen Malaysia dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti terutamanya projek-projek yang diterajui oleh Malaysia iaitu ASEAN Young Scientists Network (AYSN) dan ASEAN Foresight Alliance (AFA). Inisiatif ini akan merancakkan lagi jalinan kerjasama STI di kalangan penyelidik, saintis dan jurutera dalam aspek pembangunan penyelidikan di rantau ASEAN serta menggerakkan tenaga pemikir ASEAN dari kalangan generasi muda. Melalui inisiatif-inisiatif ini, STI akan terus dilihat sebagai kuasa pemacu serta penggerak utama pembangunan ekonomi serta sosial negara anggota ASEAN bagi mencapai matlamat Satu Komuniti ASEAN dalam aspek keselamatan, ekonomi dan kesejahteraan sosial.
Antara isu-isu yang dibincangkan secara mendalam adalah mengenai pelaksanaan COSTI 2020 Annual Priorities seperti berikut:
1. Implementation of the ASEAN Innovation Roadmap 2019-2025 on:
a. Curriculum on human resources development
b. Talent mobility system
2. The ASEAN Diagnostics Development (DxD) Initiative
3. ASEAN High Performance Computing (HPC) Shared Infrastructure Initiative
4. STI Framework for Action: Converging towards the Development of an ASEAN STI Platform for Disaster and Climate Resilience.
5. ASEAN Young Scientists Network
6. Fourth Industrial Revolution (4IR) focusing on workforce readiness and private sector engagement.
Penyertaan YBhg. Datuk Ir. Dr. Ketua Setiausaha mewakili Malaysia amat signifikan kepada negara dalam mengetengahkan agenda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara di peringkat rantau Asia Tenggara.
Skip to content