Skip to main content
Berita

Mesyuarat Dua Hala antara Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Brunei Darussalam

25 Jun 2026, Vientiane – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Brunei Darussalam, sempena 𝟐𝟐𝐧𝐝 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐌𝐢𝐧𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐧 𝐒𝐜𝐢𝐞𝐧𝐜𝐞, 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐀𝐌𝐌𝐒𝐓𝐈-𝟐𝟐) yang berlangsung di Vientiane, Lao PDR.
Mesyuarat ini memperkukuhkan hubungan erat antara Malaysia dan Brunei Darussalam serta meneroka peluang kerjasama dalam beberapa bidang strategik, termasuk kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI), pembangunan semikonduktor, pengkomersialan hasil penyelidikan, ekosistem inovasi dan pembangunan bakat. Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai penyelesaian berasaskan teknologi dalam sektor pengangkutan, teknologi hijau serta inovasi kawal selia bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.
MOSTI kekal komited untuk terus meningkatkan kerjasama serantau serta memajukan bidang sains, teknologi dan inovasi menerusi kolaborasi yang bermakna demi manfaat bersama kedua-dua negara.
Skip to content