Skip to main content
Berita

Mesyuarat Dua Hala antara Setiausaha Agung ASEAN dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

25 Jun 2026, Vientiane – Dr. Kao Kim Hourn, Setiausaha Agung ASEAN telah mengadakan mesyuarat dua hala bersama YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, sempena 22𝑛𝑑 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁 π‘€π‘–π‘›π‘–π‘ π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘–π‘Žπ‘™ 𝑀𝑒𝑒𝑑𝑖𝑛𝑔 π‘œπ‘› 𝑆𝑐𝑖𝑒𝑛𝑐𝑒, π‘‡π‘’π‘β„Žπ‘›π‘œπ‘™π‘œπ‘”π‘¦ π‘Žπ‘›π‘‘ πΌπ‘›π‘›π‘œπ‘£π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› (𝐴𝑀𝑀𝑆𝑇𝐼-22) di Vientiane, Lao PDR.
Dr. Kao merakamkan ucapan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, termasuk sumbangannya dalam memajukan inovasi, keusahawanan, keterhubungan syarikat pemula (startup) serta pengkomersialan teknologi menerusi inisiatif seperti ASEAN Technology Startup Ignite dan Startup ASEAN Summit.
Menjelang Kepengerusian ASEAN Ministerial Meeting on Science, Technology and Innovation (AMMSTI) oleh Malaysia pada tahun 2027, Dr. Kao turut mengalu-alukan persediaan Malaysia dan menegaskan semula komitmen Sekretariat ASEAN untuk terus menyokong pelaksanaan inisiatif berimpak ke arah ASEAN yang berdaya tahan, mampan dan dipacu oleh inovasi.
Skip to content