26 Jun 2026, Vientiane – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah mengadakan mesyuarat dua hala bersama TYT Prof. Dr. Yodchanan Wongsawat, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi (MHESI), Thailand, sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Ke-22 (AMMSTI-22) di Vientiane, Lao PDR.
Mesyuarat tersebut menzahirkan komitmen kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan erat Malaysia –Thailand melalui kerjasama strategik dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), khususnya dalam sektor semikonduktor, bioteknologi, pembangunan ekosistem syarikat pemula (startup), pertukaran bakat, tenaga bersih serta teknologi nuklear. Kedua-dua Menteri turut menyatakan komitmen untuk memperluas kerjasama yang mampu memacu inovasi, meningkatkan daya tahan serantau serta menyokong pembangunan mampan di peringkat ASEAN.



