Skip to main content
Berita

Mesyuarat Fraterniti Vaksin

2 Oktober 2023, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI) telah mempengerusikan Mesyuarat Fraterniti Vaksin. Mesyuarat ini yang diadakan secara berkala iaitu setiap enam (6) bulan sekali telah dihadiri oleh pelbagai pemegang taruh yang terdiri daripada pakar-pakar penyelidik, pakar dalam kajian klinikal dan pra-klinikal dan pemain industri farmaseutikal yang terlibat di dalam ekosistem pembuatan, pembangunan dan penyelidikan.
Sesi mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pandangan, komen serta cadangan khusus berkenaan pembangunan vaksin di Malaysia dalam meningkatkan keupayaan negara sebagai pengeluar vaksin manusia berdasar Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara
(PPVN).
PPVN yang telah dilancarkan pada 1 November 2021 yang lalu untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar vaksin manusia dalam tempoh 10 tahun. MOSTI dan KKM telah diberi amanah untuk menerajui PPVN ini. Satu pejabat khusus iaitu Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia atau MVPO telah ditubuhkan bagi
memantau pelaksanaan strategi dan inisiatif di bawah pelan ini. Pelan ini
turut menyokong Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) di bawah Teras Penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan.
Daripada tahun 2021 sehingga September 2023, sebanyak 13 projek penyelidikan vaksin yang telah mendapat pendanaan di bawah MOSTI iaitu sembilan (9) projek di bawah Dana Penyelidikan Strategik, dua (2) projek di bawah MOSTI Combating COVID-19 Fund (MCCOF) dan dua (2) projek di bawah Dana Pembangunan dan Pengukuhan Penghasilan Vaksin Negara (DPVN). Secara keseluruhannya, jumlah pendanaan untuk 13 projek penyelidikan vaksin ini adalah sebanyak RM33 juta.
Skip to content