Skip to main content
Berita

Mesyuarat Jawatankuasa Angkasa Kebangsaan (JANGKA)

2 November 2023, Kuala Lumpur – Mesyuarat Jawatankuasa Angkasa Kebangsaan (JANGKA) telah bersetuju dengan Garis Panduan Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan Kemudahan Pelancar di Malaysia.
YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, memaklumkan penyediaan garis panduan ini adalah selaras dengan harapan kerajaan untuk memastikan pembangunan sektor angkasa di Malaysia khususnya berkaitan kemudahan pelancar dapat dilaksanakan dengan terancang, lebih berkesan dan memberi pulangan besar kepada negara dalam aspek penjanaan ilmu baharu, penerokaan saintifik, penjanaan kekayaan, kesejahteraan masyarakat, dan keselamatan serta kedaulatan negara.
Skip to content